Zara - Bungalow

1. STRUCTURAL KIT

Product Code: Zara_structure
Availability:in-stock

*
RM 44,200.00/unit
  • Production Period 2 Weeks
  • Book Now at 
    1. OPTION 1 -
      STRUCTURAL KIT (FRAME + ROOF + INSULATION) 
      RM 4,442.00 10% Deposit 

    2. OPTION 2 -
      IBS KIT (FRAME + ROOF + INSULATION + WALL BOARD) 
      RM 5,860.00 10% Deposit 

Qty: + -


Project reference


Bahasa Melayu

  1. Saya berminat dengan KStr My IBS Homes, dimanakah saya boleh membelinya?
    Anda boleh membelinya daripada kedai atas talian kami (www.kstore.my)
  1. Berapa saya perlu bayar untuk tempahan? Adakah terdapat terma untuk bayaran?

    Bayaran hanyalah 10% sekiranya melalui www.kstore.my. Setelah tempahan diterima dan disahkan, Jabatan Kejuruteraan K-Structures akan mengeluarkan lukisan rekabentuk kepada pelanggan yang terdiri daripada pelan lantai bangunan, dan lukisan pelan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa (sekiranya perlu). Kemudian Project Team akan membuat membuat lawatan tapak untuk mengesahkan pelan asas konkrit dan memeriksa kerataan lantai. Pelanggan perlu melalukan kerja-kerja pembaikan sekiranya perlu. Setelah itu, pelanggan diminta untuk membuat 40% lagi bayaran sebelum kerja-kerja pengeluaran dilakukan. Baki 50% lagi bayaran perlu dilunaskan apabila semua barangan yang diperlukan untuk membina KStr My IBS Homes telah siap untuk dipasang di tapak. Setelah bayaran diterima, barangan untuk membina KStr My IBS Homes telah sedia untuk diambil di kilang kami yang bertempat di Bukit Kemuning.

  1. Berapa lama masa diperlukan untuk menghasilkan barangan ini ?
    2 minggu selepas bayaran peringkat kedua (40%) diterima.
  1. Bolehkah saya membeli KStr My IBS Homes sekiranya saya tidak mempunyai tanah?
    Tidak. Pelanggan perlu sebidang tanah untuk membina KStr My IBS Homes.
  1. Bolehkah saya mengubahsuai pelan lantai daripada reka bentuk asal?
    Sudah tentu. Pelanggan boleh membuat pengubahsuaian kecil daripada pelan rekabentuk kami namun ia adalah tertakluk kepada Jurutera Struktur kami. Beliau akan menyemak dan akan membuat pengesahan ke atas perubahan yang ingin dilakukan. K-Structures akan menasihati  pelanggan dengan sewajarnya termasuklah caj tambahan yang diperlukan sekiranya perubahan ingin dilakukan.
  1. Berapakah jangka hayat KStr My IBS Homes??
    KStr My IBS Homes dibina dengan mengunakan bingkai keluli, bertebat dan ditutup dengan papan simen yang berfiber. Ia tahan lama dan mempunyai bahan bangunan yang rintang cuaca. Sistem bangunan ini juga banyak dibina di negara yang lain. Malah ada yang telah dibina lebih daripada 50 tahun di negara seperti Jepun, Australia, US, UK dan lain-lain lagi.
  1. Bagaimana sekiranya saya tidak mempunyi kontraktor?
    Jangan bimbang. Kami boleh membantu anda untuk memasang KStr My IBS Homes. K-Structures juga boleh memberikan senarai pemasang kami yang telah diakreditasi kepada pelanggan. K-Structures juga akan memberikan kos belanjawan pemasangan untuk rujukan pelanggan. Pelanggan juga boleh berunding secara langsung dengan pemasang dan mengupah mereka untuk membuat kerja-kerja pemasangan.
  1. Saya mempunyai kontraktor sendiri tetapi saya risau mereka tidak tahu cara pemasangan. Apa patut saya lakukan?
    Jangan bimbang. K-Structures ada menyediakan latihan pemasangan di kilang kami yang terletak di Bukit Kemuning kepada pelanggan kami yang ingin membina KStr My IBS Homes. K-Structures juga akan mengajar cara untuk membaca dan memahami lukisan rekabentuk dan kejuruteraan. Demonstrasi kerja juga akan ditunjukkan. Ia amat mudah difahami lebih-lebih lagi dinding panel telah siap dipasang di kilang. Kerana itulah pemasangan di tapak menjadi lebih mudah. 
  1. Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk membina KStr My IBS Homes?
    Zara dan Yasmin perlu menghabiskan masa kurang daripada 2 bulan untuk selesai membina KStr My IBS Homes (tanpa kerja-kerja kemasan bangunan) setelah barangan dihantar ke tapak.
    Shakira perlu menghabiskan masa kurang daripada 3 bulan untuk selesai membina  KStr My IBS Homes (tanpa kerja-kerja kemasan bangunan) setelah barangan dihantar ke tapak.
  1. Adakah harga tersebut termasuk dengan kos pemasangan?
    Tidak. Harga yang tersenarai di www.kstore.my adalah harga untuk  bahan/ komponen sahaja. Ia tidak termasuk dengan kos pemasangan. 
  1. Apakah perbezaan utama di antara sistem IBS dan Konvensional?
    Bahan binaan untuk IBS dihasilkan dan dipasang di kilang di bawah persekitaran yang terkawal. Oleh kerana itu:-
    1. Harga lebih murah sekiranya dihasilkan dalam kuantiti yang banyak;
    2. Kualiti produk jugak boleh dikawal dengan baik di kilang
    3. Pemasangan di tapak lebih cepat di mana penggunaan tenaga pekerja yang kurang kerana sistem tersebut telah siap dipasang di kilang.
    4. Terdapat sokongan daripada jurutera, juruteknik dan pemasang yang diakreditasi yang sedia membantu dari segi teknikal dan latihan. 
  1. Bolehkah anda menyediakan lukisan asas pelan papak untuk kontraktor saya?
    Boleh. Lukisan asas pelan papak konkrit dan lukisan keluli tetulang akan disediakan dan diberikan kepada kontraktor rumah anda untuk membina  lantai asas di tapak dengan anggaran kapasiti minimum beban galas bagi tanah adalah 100kPa.  
     
  2. Adakah saya memerlukan cerucuk sebelum saya konkrit papak lantai?
    Ia tertakluk kepada keadaan tanah. KStr My IBS Homes adalah bangunan yang ringan. Ia tidak memerlukan cerucuk. Walau bagaimanapun, adalah disyorkan kepada pemilik tanah melantik juru ukur tanah untuk memastikan kapasiti minimum beban galas di tapak bangunan yang dipilih oleh pelanggan adalah 100kPa.
     
  3. Adakah harga anda termasuk dengan kos pengangkutan/ penghantaran?
    Tidak. Harga yang tersenarai di www.kstore.my adalah ex-factory. Pengangkutan boleh diatur secara berasingan setelah alamat tapak telah disahkan oleh pelanggan. Kami akan menyediakan sebut harga untuk kos penghantaran kepada pelanggan setelah pesanan telah diterima.

  4. Saya mahu membina KStr My IBS Homes di luar Malaysia. Bolehkah anda menguruskan penghantaran tersebut?
    Boleh. Pengangkutan dan penghantaran akan dihantar ke pelabuhan yang terdekat dengan alamat yang diberikan oleh anda setelah pesanan diterima. Sila hantar sebarang pertanyaan kepada kami untuk bantuan lanjut.

  5. Adakah produk anda kuat dan selamat? Dimanakah ia dibuat?
    Semua bahan yang diperlukan untuk membina KStr My IBS Homes mempunyai Sijil Bomba dan diklasifikasi dengan Kelas O. Bahan yang kami hasilkan dibuat di Malaysia.
    Semua rekabentuk struktur akan disahkan oleh Jurutera Profesional (PE)
    K-Structures juga ada menjalani beberapa siri ujian mampatan untuk panel dinding dan ia dijalankan di kilang dan telah disaksikan oleh wakil Fakulti Kejuruteraan Struktur dari Universiti Sains Malaysia (USM) . 
  1. Apakah perbezaan di antara kit IBS dan kit Struktur?
    Tiada dinding papan, joint compound dan mesh tape di dalam kit Structur. Pelanggan boleh menentukan sendiri jenis bahan binaan untuk dinding sama ada ingin menggunakan papan simen berfiber, papan gypsum, dinding pejal dengan infill konkrit ringan, metal clad, batu-bata atau lain-lain.

 

 

English Version

  1. I'm interested on KStr My IBS Homes, how can I purchase?
    You can directly purchase from our online store(www.kstore.my).
  1. How much do I need to pay for booking? What is the standard payment term?
    Pay 10% via kstore.my only. After confirmation of booking, K-Structures’ engineering department will issue drawings to client to prepare floor base of the buildings, and building drawings for authority submission (if required), then the project team will make an appointment to site visit to confirm concrete base layout and floor flatness is casted correctly. Clients will have to make corrective work if mistakes were found. Client will then be requested to make 40% payment before production commences and a final request of 50% payment will be made when the materials are fabricated and ready for delivery. When full payment received, the materials will be ready for collection in our factory at Bukit Kemuning. 
  1. How long does it take to produce the materials ?
    2 weeks after the second stage payment (40%) is received.
  1. Can I buy KStr My IBS Homes if I do not have any land?
    No, clients need to have his/her own piece of land where the houses will be built.
  1. Can I modify the layout plan from original design?
    Clients can make some minor modification on our layout designs, but subject always that the proposed changes are structurally fine and our Structural Engineers will check and verify on the requested changes. K-Structures will then advise the client accordingly including all the necessary additional charges.
  1. What is the life span of the building?
    The buildings are built with steel frames, insulated & cladded with fibre cement boards which are durable, weather resistance building material. Similar buildings system were being built in many various countries and some were built more than 50 years ago in countries like Japan, Australia, US, UK and etc.
  1. What if I do not have contractor?
    Do not worry, we can assist you with the installation. K-Structures can introduce a list of our accredited installers to the client. K-Structures will give budgetary installation cost to the client for reference. Clients may negotiate directly with the installers and give instruction to them directly for work order.
  1. I have my own contractor, but I afraid they do not know how to install. What should I do?
    Do not worry, K-Structures can provide complementary training in our factory at Bukit Kemuning to your contractor that you intend to build the house, K-Structures will explain how to read and understand our drawings and connection details with work demonstration. It is very easy to understand and moreover the wall panels are prefabricated in the factory which makes the installation on site very straight forward. 
  1. How fast can the house complete build?
    Zara & Yasmin should spend not more than 2 months to complete build (without finishing) after materials are delivered.
    Shakira should spend not more than 3 months to complete build (without finishing) after materials are delivered.
  1. Do your price including installation cost?
    Nope, all prices listed in kstore.my are material/component supply only. Cost do not include installation. 
  1. Whats the key difference between IBS & Conventional system?
    IBS building material are produced and prefab in factory under controlled environment. Hence.
    1. Prices can be more affordable when produce in mass quantity;
    2. Product quality can be better controlled in factory
    3. Installation on site can be quicker with less manpower as the building materials are prefabricated.
    4. Technical support and training from the inhouse engineers, technicians and accredited installers are ever ready to assist. 
  1. Can you provide foundation ground slab drawings for my contractor?
    Yes, standard for reference foundation ground slab concreting and steel reinforcement drawings will be provided to your house contractor to cast the floor base on site with assumption that the soil bearing capacity of the site has a minimum 100Kpa loading capacity.  
     
  2. Do I need to pile my land before concreting floor slab?
    Subject to land condition, as KStr IBS Homes are lightweight building, there should not be any requirement for pilling before concreting, nevertheless, it is strongly recommended to land owners to engage land surveyors to make sure that there is minimum 100kPa soil bearing capacity on the selected building sites.
     
  3. Does your price including transportation / shipment cost?
    No, price listed in kstore.my are ex-factory. Transportation can be arranged separately after site address is confirmed by owner. We will advise cost for delivery to the after client confirmed order.

  4. I want to build KStr My IBS Homes outside of Malaysia, can you arrange shipment for me?
    Yes, transportation and freight shipment to your address nearest seaport can be advised to you after client confirmed order. Please send enquiry to us for further assistance.

  5. Are your product strong & safe, where are they made?
    All material are classified as class 0 with Bomba certificate, materials that we produced are made in Malaysia.
    All structural design are engineered, validated and endorsed by Professional Engineer of Malaysia. (PE)
    K-Structures have conducted a series of wall panels compression tests inhouse and the test were witnessed by Universiti Science Malaysia (USM) Structural Engineering Faculty Chancellor. 
  1. Whats the difference between IBS kit & Structural kit?
    There is no wall board, joint compound & mesh tape items in structural kit. Client can decide what kind of wall material to use, either cement board, gypsum board, solid wall with infill  with lightweight concrete, metal cladding, brickwall or others.