Classic IBS

1. STRUCTURAL KIT

Product Code: classic-structure
Availability:in-stock

*
RM 62,500.00/unit
  • 1 unit - 1 K-str kampung House
  • Building buildup area 1490 ft2 ; carporch 162 ft2 (1 carpark space)
  • 4 bed room + 2 bath rooms.
  • Production Period 2 Weeks
  • Book Now at
    1. OPTION 1 -
      STRUCTURAL KIT (wall frames, floor frames, galvanized stilts post + stairs + railings, roof frames, roof deckings & insulation)
      RM 6,250.00 10% Deposit 

    2. OPTION 2 -
      IBS KIT (wall frames, floor frames, galvanized stilts posts + stairs + railings, roof frames, roof deckings, insulation, wall and floor boards)
      RM 7,700.00 10% Deposit 

 

Qty: + -

Faktor Untuk Memilih ‘’K-Str Kampong House IBS Kits’’

K-Str Kampong House IBS Kits direka berdasarkan kebijaksanaan rumah seni bina lama di negara tropika seperti Malaysia. Di era moden sekarang, seni bina itu diolah dengan menggunakan batu bata dan struktur konkrit yang boleh kita lihat sekarang di rumah dan kejiranan. K-str ingin mengimbau kembali konsep reka bentuk tradisional yang lebih mencerminkan kebudayaan Malaysia kita ke dalam reka bentuk K-Str Kampong House.

Apakah alasan yang mengatakan ada kebijaksanaan reka bentuk dalam K-Str Kampong House?

Apakah kelebihan bangunan ini dengan reka bentuk jenis ini?

  1. Rumah ini adalah mampan dan lestari kerana mampu mengatasi masalah banjir semasa musim tengkujuh. Malaysia terutama -nya di semenanjung pantai timur sering terdedah kepada musim tengkujuh yang sering menjadi masalah kepada negeri pantai timur seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Dengan adanya rumah berkonsep lantai tinggi ini, ia dapat melindungi harta benda dan tidak akan mudah terdedah kepada kerosakan akibat banjir.
  2. Rumah secara semula jadi akan menjadi lebih sejuk. Udara panas akan naik ke atas manakala udara sejuk akan berkumpul di bawah. Itulah sifat pergerakan udara. Apabila kita membina rumah berkensepkan lantai tinggi bertiang, rumah akan mengumpul -kan banyak udara sejuk di bawah rumah. Bumbung akan direka 2 tingkat dengan lapisan bumbung yang berbeza maka jurang antara bumbung membolehkan udara panas melepasi keluar rumah. Apabila anda memperkenalkan kipas ekzos yang boleh dipasang di siling, udara sejuk boleh disedut ke dalam rumah melalui lubang pengudaraan di lantai dan udara panas di siling rumah akan disedut ke bumbung untuk melepaskan haba panas melaui bumbung 2 lapis.
  3. Bumbung dan dinding yang terisolasi dengan ‘mineral wool’ dan ‘vapor barriers’ (dinding), ‘aluminium foil’, akan membuatkan rumah mempunyai kecekapan tenaga yang lebih baik dan menggunakan kurang tenaga elektrk untuk menyejukkan rumah.
  4. Kerja penggalian berat boleh dielakkan di tapak. Asas tapak rumah ‘foundation’ boleh dibina pada kontur semula jadi tanah.
  5. Tambahan ruang simpanan di bawah rumah.
  6. Keselamatan yang lebih baik dan kurang serangga / tikus / serangga perosak. Oleh kerana rumah itu dinaikkan, serangga perosak akan mendapati sukar untuk masuk ke dalam rumah.
  7. Semua bahan keluli adalah ‘galvanized’ kepingan papan di buat daripada bahan papan ‘fibre cementitious’. Ini menyebabkan bangunan menjadi anti anai-anai
  8. Semua reka bentuk rumah diuji dan disahkan oleh Jurutera Profesional.
  9. Jika tapak boleh diakses oleh treler panjang, maka bahan-bahan struktur boleh dibuat pasang siap dari kilang. Pemasangan di tapak akan jadi lebih mudah untuk dibina. Ia turut memerlukan pekerja yang kurang untuk menyiapkan sebuah rumah.
  10. Semua bahan keluli struktur LGS yang digunakan dalam IBS kit kami dihasilkan daripada kemudahan Kstr CAD / CAM, dan bahan yang dihasilkan adalah tepat. Oleh itu, keputusan akhir bangunan akan menjadi tepat, rata, ringan dan lurus.

Why Buy K-Str Kampong House IBS Kits.

K-Str Kampong House IBS kits are designed to the wisdom of old architectural houses in our tropical countries like Malaysia. The old wisdom was somewhat converted to now a days bricks and concrete structures that we see now in our houses and neighborhood. K-Str wishes to bring back this old design concept that better reflect our Malaysia culture in to this Kampong house IBS kits design.

Why do I say that there old wisdom in this old Kampong houses design?

What are the advantages of building with this type of design?

  1. Houses will not be worried too much about flood during the rainy season. Malaysia especially in the east coast of Peninsular are always expose to rainy monsoon months, and flood almost always a problem especially in the east coast states like Kelantan and Terengganu. Elevated houses will protect your house against floods, and protect your belongings and assets from getting wet.
  2. Houses are naturally cooler. Hot air rises and cold air sinks. That is the nature of air movement. When we build houses elevate, the houses will gather abundant amount of cool air underneath the elevated house. Since the roof will be designed to 2 tiered roofs with different roof pitch. An intermediate roof gaps enable hot air to escape from the house. When you introduce an exhaust fan to be installed on the ceiling. Cool air can be suck in to the house through ventilation holes on the floors and hot air at the ceiling of the house will be suck up to the roof to escape out through from the two tiered roof intermediate gaps.
  3. Roofs and walls are all insulated with mineral wools and with vapor barriers (wall) and radiant barriers (roof) aluminum foil, therefore houses are with better energy efficiency, uses less electricity to cool the houses.
  4. Heavy excavation work can be avoided on site. The stilts foundation i.e. the stumps can be built on natural contour of the land condition.
  5. Additional storage space under the house.
  6. Better security and less insects/rats/pests/etc. As the houses are elevated, insects and pests will find it difficult to enter to your house.
  7. All structural steel materials are galvanized, boards are made from fiber cementitious materials, so therefore the building will be termite proof.
  8. All designs are engineered, tested and verified by Professional Engineers.
  9. If the site is accessible by cargo trailers, the structural materials will be prefabricated and panelized. So installation on site will be very easy to construct. With less workers necessary to build the house.
  10. All LGS structural steel materials used in our IBS kits are produced from KStr CAD/CAM production facilities, the materials produced are accurate, and precise. Therefore, the end result of the building will be accurate, flat, and straight.

 

 

 

 


Bahasa Melayu

  1. Saya berminat dengan KStr My IBS Homes, dimanakah saya boleh membelinya?
    Anda boleh membelinya daripada kedai atas talian kami (www.kstore.my)
  1. Berapa saya perlu bayar untuk tempahan? Adakah terdapat terma untuk bayaran?

    Bayaran hanyalah 10% sekiranya melalui www.kstore.my. Setelah tempahan diterima dan disahkan, Jabatan Kejuruteraan K-Structures akan mengeluarkan lukisan rekabentuk kepada pelanggan yang terdiri daripada pelan lantai bangunan, dan lukisan pelan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa (sekiranya perlu). Kemudian Project Team akan membuat membuat lawatan tapak untuk mengesahkan pelan asas konkrit dan memeriksa kerataan lantai. Pelanggan perlu melalukan kerja-kerja pembaikan sekiranya perlu. Setelah itu, pelanggan diminta untuk membuat 40% lagi bayaran sebelum kerja-kerja pengeluaran dilakukan. Baki 50% lagi bayaran perlu dilunaskan apabila semua barangan yang diperlukan untuk membina KStr My IBS Homes telah siap untuk dipasang di tapak. Setelah bayaran diterima, barangan untuk membina KStr My IBS Homes telah sedia untuk diambil di kilang kami yang bertempat di Bukit Kemuning.

  1. Berapa lama masa diperlukan untuk menghasilkan barangan ini ?
    2 minggu selepas bayaran peringkat kedua (40%) diterima.
  1. Bolehkah saya membeli KStr My IBS Homes sekiranya saya tidak mempunyai tanah?
    Tidak. Pelanggan perlu sebidang tanah untuk membina KStr My IBS Homes.
  1. Bolehkah saya mengubahsuai pelan lantai daripada reka bentuk asal?
    Sudah tentu. Pelanggan boleh membuat pengubahsuaian kecil daripada pelan rekabentuk kami namun ia adalah tertakluk kepada Jurutera Struktur kami. Beliau akan menyemak dan akan membuat pengesahan ke atas perubahan yang ingin dilakukan. K-Structures akan menasihati  pelanggan dengan sewajarnya termasuklah caj tambahan yang diperlukan sekiranya perubahan ingin dilakukan.
  1. Berapakah jangka hayat KStr My IBS Homes??
    KStr My IBS Homes dibina dengan mengunakan bingkai keluli, bertebat dan ditutup dengan papan simen yang berfiber. Ia tahan lama dan mempunyai bahan bangunan yang rintang cuaca. Sistem bangunan ini juga banyak dibina di negara yang lain. Malah ada yang telah dibina lebih daripada 50 tahun di negara seperti Jepun, Australia, US, UK dan lain-lain lagi.
  1. Bagaimana sekiranya saya tidak mempunyi kontraktor?
    Jangan bimbang. Kami boleh membantu anda untuk memasang KStr My IBS Homes. K-Structures juga boleh memberikan senarai pemasang kami yang telah diakreditasi kepada pelanggan. K-Structures juga akan memberikan kos belanjawan pemasangan untuk rujukan pelanggan. Pelanggan juga boleh berunding secara langsung dengan pemasang dan mengupah mereka untuk membuat kerja-kerja pemasangan.
  1. Saya mempunyai kontraktor sendiri tetapi saya risau mereka tidak tahu cara pemasangan. Apa patut saya lakukan?
    Jangan bimbang. K-Structures ada menyediakan latihan pemasangan di kilang kami yang terletak di Bukit Kemuning kepada pelanggan kami yang ingin membina KStr My IBS Homes. K-Structures juga akan mengajar cara untuk membaca dan memahami lukisan rekabentuk dan kejuruteraan. Demonstrasi kerja juga akan ditunjukkan. Ia amat mudah difahami lebih-lebih lagi dinding panel telah siap dipasang di kilang. Kerana itulah pemasangan di tapak menjadi lebih mudah. 
  1. Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk membina KStr My IBS Homes?
    Zara dan Yasmin perlu menghabiskan masa kurang daripada 2 bulan untuk selesai membina KStr My IBS Homes (tanpa kerja-kerja kemasan bangunan) setelah barangan dihantar ke tapak.
    Shakira perlu menghabiskan masa kurang daripada 3 bulan untuk selesai membina  KStr My IBS Homes (tanpa kerja-kerja kemasan bangunan) setelah barangan dihantar ke tapak.
  1. Adakah harga tersebut termasuk dengan kos pemasangan?
    Tidak. Harga yang tersenarai di www.kstore.my adalah harga untuk  bahan/ komponen sahaja. Ia tidak termasuk dengan kos pemasangan. 
  1. Apakah perbezaan utama di antara sistem IBS dan Konvensional?
    Bahan binaan untuk IBS dihasilkan dan dipasang di kilang di bawah persekitaran yang terkawal. Oleh kerana itu:-
    1. Harga lebih murah sekiranya dihasilkan dalam kuantiti yang banyak;
    2. Kualiti produk jugak boleh dikawal dengan baik di kilang
    3. Pemasangan di tapak lebih cepat di mana penggunaan tenaga pekerja yang kurang kerana sistem tersebut telah siap dipasang di kilang.
    4. Terdapat sokongan daripada jurutera, juruteknik dan pemasang yang diakreditasi yang sedia membantu dari segi teknikal dan latihan. 
  1. Bolehkah anda menyediakan lukisan asas pelan papak untuk kontraktor saya?
    Boleh. Lukisan asas pelan papak konkrit dan lukisan keluli tetulang akan disediakan dan diberikan kepada kontraktor rumah anda untuk membina  lantai asas di tapak dengan anggaran kapasiti minimum beban galas bagi tanah adalah 100kPa.  
     
  2. Adakah saya memerlukan cerucuk sebelum saya konkrit papak lantai?
    Ia tertakluk kepada keadaan tanah. KStr My IBS Homes adalah bangunan yang ringan. Ia tidak memerlukan cerucuk. Walau bagaimanapun, adalah disyorkan kepada pemilik tanah melantik juru ukur tanah untuk memastikan kapasiti minimum beban galas di tapak bangunan yang dipilih oleh pelanggan adalah 100kPa.
     
  3. Adakah harga anda termasuk dengan kos pengangkutan/ penghantaran?
    Tidak. Harga yang tersenarai di www.kstore.my adalah ex-factory. Pengangkutan boleh diatur secara berasingan setelah alamat tapak telah disahkan oleh pelanggan. Kami akan menyediakan sebut harga untuk kos penghantaran kepada pelanggan setelah pesanan telah diterima.

  4. Saya mahu membina KStr My IBS Homes di luar Malaysia. Bolehkah anda menguruskan penghantaran tersebut?
    Boleh. Pengangkutan dan penghantaran akan dihantar ke pelabuhan yang terdekat dengan alamat yang diberikan oleh anda setelah pesanan diterima. Sila hantar sebarang pertanyaan kepada kami untuk bantuan lanjut.

  5. Adakah produk anda kuat dan selamat? Dimanakah ia dibuat?
    Semua bahan yang diperlukan untuk membina KStr My IBS Homes mempunyai Sijil Bomba dan diklasifikasi dengan Kelas O. Bahan yang kami hasilkan dibuat di Malaysia.
    Semua rekabentuk struktur akan disahkan oleh Jurutera Profesional (PE)
    K-Structures juga ada menjalani beberapa siri ujian mampatan untuk panel dinding dan ia dijalankan di kilang dan telah disaksikan oleh wakil Fakulti Kejuruteraan Struktur dari Universiti Sains Malaysia (USM) . 
  1. Apakah perbezaan di antara kit IBS dan kit Struktur?
    Tiada dinding papan, joint compound dan mesh tape di dalam kit Structur. Pelanggan boleh menentukan sendiri jenis bahan binaan untuk dinding sama ada ingin menggunakan papan simen berfiber, papan gypsum, dinding pejal dengan infill konkrit ringan, metal clad, batu-bata atau lain-lain.

 

English Version

  1. I'm interested on KStr My IBS Homes, how can I purchase?
    You can directly purchase from our online store(www.kstore.my).
  1. How much do I need to pay for booking? What is the standard payment term?
    Pay 10% via kstore.my only. After confirmation of booking, K-Structures’ engineering department will issue drawings to client to prepare floor base of the buildings, and building drawings for authority submission (if required), then the project team will make an appointment to site visit to confirm concrete base layout and floor flatness is casted correctly. Clients will have to make corrective work if mistakes were found. Client will then be requested to make 40% payment before production commences and a final request of 50% payment will be made when the materials are fabricated and ready for delivery. When full payment received, the materials will be ready for collection in our factory at Bukit Kemuning. 
  1. How long does it take to produce the materials ?
    2 weeks after the second stage payment (40%) is received.
  1. Can I buy KStr My IBS Homes if I do not have any land?
    No, clients need to have his/her own piece of land where the houses will be built.
  1. Can I modify the layout plan from original design?
    Clients can make some minor modification on our layout designs, but subject always that the proposed changes are structurally fine and our Structural Engineers will check and verify on the requested changes. K-Structures will then advise the client accordingly including all the necessary additional charges.
  1. What is the life span of the building?
    The buildings are built with steel frames, insulated & cladded with fibre cement boards which are durable, weather resistance building material. Similar buildings system were being built in many various countries and some were built more than 50 years ago in countries like Japan, Australia, US, UK and etc.
  1. What if I do not have contractor?
    Do not worry, we can assist you with the installation. K-Structures can introduce a list of our accredited installers to the client. K-Structures will give budgetary installation cost to the client for reference. Clients may negotiate directly with the installers and give instruction to them directly for work order.
  1. I have my own contractor, but I afraid they do not know how to install. What should I do?
    Do not worry, K-Structures can provide complementary training in our factory at Bukit Kemuning to your contractor that you intend to build the house, K-Structures will explain how to read and understand our drawings and connection details with work demonstration. It is very easy to understand and moreover the wall panels are prefabricated in the factory which makes the installation on site very straight forward. 
  1. How fast can the house complete build?
    Zara & Yasmin should spend not more than 2 months to complete build (without finishing) after materials are delivered.
    Shakira should spend not more than 3 months to complete build (without finishing) after materials are delivered.
  1. Do your price including installation cost?
    Nope, all prices listed in kstore.my are material/component supply only. Cost do not include installation. 
  1. Whats the key difference between IBS & Conventional system?
    IBS building material are produced and prefab in factory under controlled environment. Hence.
    1. Prices can be more affordable when produce in mass quantity;
    2. Product quality can be better controlled in factory
    3. Installation on site can be quicker with less manpower as the building materials are prefabricated.
    4. Technical support and training from the inhouse engineers, technicians and accredited installers are ever ready to assist. 
  1. Can you provide foundation ground slab drawings for my contractor?
    Yes, standard for reference foundation ground slab concreting and steel reinforcement drawings will be provided to your house contractor to cast the floor base on site with assumption that the soil bearing capacity of the site has a minimum 100Kpa loading capacity.  
     
  2. Do I need to pile my land before concreting floor slab?
    Subject to land condition, as KStr IBS Homes are lightweight building, there should not be any requirement for pilling before concreting, nevertheless, it is strongly recommended to land owners to engage land surveyors to make sure that there is minimum 100kPa soil bearing capacity on the selected building sites.
     
  3. Does your price including transportation / shipment cost?
    No, price listed in kstore.my are ex-factory. Transportation can be arranged separately after site address is confirmed by owner. We will advise cost for delivery to the after client confirmed order.

  4. I want to build KStr My IBS Homes outside of Malaysia, can you arrange shipment for me?
    Yes, transportation and freight shipment to your address nearest seaport can be advised to you after client confirmed order. Please send enquiry to us for further assistance.

  5. Are your product strong & safe, where are they made?
    All material are classified as class 0 with Bomba certificate, materials that we produced are made in Malaysia.
    All structural design are engineered, validated and endorsed by Professional Engineer of Malaysia. (PE)
    K-Structures have conducted a series of wall panels compression tests inhouse and the test were witnessed by Universiti Science Malaysia (USM) Structural Engineering Faculty Chancellor. 
  1. Whats the difference between IBS kit & Structural kit?
    There is no wall board, joint compound & mesh tape items in structural kit. Client can decide what kind of wall material to use, either cement board, gypsum board, solid wall with infill  with lightweight concrete, metal cladding, brickwall or others.